SIZZLING YEE MEE

Kebiasaannya, anak makcik yang suka makan yee mee ni kalau singgah di café,
Makcik kurang makan . mungkin disebabkan tahap kepekatan dan aroma minyak bijan nya yang membuatkan tekak makcik loya saat menelannya...
Tapi makcik cuba masak mengikut apa yang ada sebenarnya dan masak mengikut selera makcik..
kalau agak2 berkenan, silalah cuba...


SIZZLING YEE MEE

Bahan:

Yee Mee..(makcik beli semasa KUD di Putrajaya tempohari..buatan usahawan melayu)
2 ulas bawang putih..potong dadu
halia..dihiris
1 biji bawang merah..dihiris nipis
hirisan ayam
cendawan..(terpulang selera masing-masing nak cendawan mana)
6 biji cili kering...biar sebiji jangan potong
sayur-sayuran yang disukai..
sos tiram
sos cili
lada hitam
lada sulah
air dan minyak secukupnya
Telur ayam

Caranya:

Panaskan minyak
Yee Mee panaskan di kedua-dua belah dan angkat...
kemudian..
tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga kuning
masukkan sos tiram dan sos cili dan cili merah..kacau
masukkan air
biarkan mendidih dan masukkan sayur lada hitam dan lada sulah
perasakan..
kalau suka pecahkan telur dan biar sekejap sahaja...
kemudian curah keatas yee mee itu tadi
biar sekejap untuk yee mee kembang dan boleh makan




























Comments

Popular Posts