RESEPI ROTI MANIS BIJAN HITAM OHSEM
Resepi Roti manis bijan hitam ini sebenarnya dah lama tersepuk atas meja..kebetulan makcik dalam mood meroti so makcik memilih resepi ini untuk mencuba..
Alhamdulillah menjadi dengan jayanya..tapi makcik guna bread maker..campak je kan..tapi pernah jugak makcik cuba resepi lain tapi mungkin silap campak,,tak menjadi pun..hehe
ok lah untuk panduan kita bersama, makcik tepekkan kat sini resepi nyer ...
RESEPI ROTI MANIS BIJAN HITAM OHSEM
Bahan-bahan
250 gram Tepung Roti
50 gram marjerin
50 gram gula kastor
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu the bread improver
1 sudu kecil susu tepung atau susu pekat
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
105 ml air suam/kalau guna BM guna air biasa
Cara:
Masukkan mengikut turutan bahan diatas ke dalam Bread Maker dan tekan "DOUGH"
mesin akan berfungsi selama 1 1/2 jam (ikut mesin anda)
selepas dah berbunyi tanda selesai..angkat doh kedalam bekas lain
tumbuk untuk keluar angin
bulat2kan dan masuk dalam bekas cup untuk roti
(lebih senang kerana boleh dimakan secara individu dan cantik)
sapukan bahagian atas dengan telur + susu
dan letakkan bijan hitam/putih
dan perap sehingga 1/2 jam lagi sebelum dibakar
170 C selama 20-25 minit
dah siap boleh ngap..
Comments
Post a Comment