KUIH TEPUNG PULUT HITAM BERKASTAD
KUIH TEPUNG PULUT HITAM BERKASTAD
(diambil dari blog citarasawan)
BAHAN:
DOH
1/2 Cawan Tepung Pulut Hitam
1/2 Cawan Tepung Pulut Putih
1/2 Cawan Santan
1/2 sudu teh garam
INTI KASTAD
1 biji telur gred A
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula pasir
1 cawan santan sederhana pekat
1/4 st garam
sedikit pewarna kuning
Acuan lompang di gris dengan minyak masak
CARA:
satukan bahan untuk doh
masukkan air sedikit sediikit hingga menjadi kenyal (seperti membuat kuih melaka)
ambil doh dan tekan ke dalam acuan lompang
jgn terlalu tebal..seeloknya nipis supaya tidak liat
untuk inti,
satukan, whisk dan tapis
masak atas api sederhana hingga berwap sahaja
masukkan ke dalam jug dan tuang atas doh
kukus sehingga masak
anggaran 20-25 minit sahaja
boleh dihidangkan..
nota:
jika tiada pulut hitam, boleh guna tepung pulut putih sahaja
masuk pewarna dan perisa yang disukai

Comments
Post a Comment