KEK KURMA BERSAMA SOS BUTTERSCOTCH

Hari Ahad bersamaan 2 Ogos..makcik mengadakan jamuan hariraya...
tahun ni, makcik memasak menu utama nasi tomato dan ayam masak merah serta mee bandung (atas permintaan anak dara ku yang teringin menjemput kawan-kawan nya ke rumah)
side dishes seperti roti jala (makcik order je) nasi impit dan kuah kacang, roti garlic, mushroom sup, kentang goreng, kek dan muffin..
seronok menerima tetamu tapi bila tetamu dah balik...
adoi...mencuci dan mengemas tak habih...hehe
untuk entry kali ni, makcik membuat Kek Kurma, resepi yang baru makcik cuba..
hasilnya...tidak putus2 makcik terima pujian..
tapi sayang, masa kek itu elok kejadiannya, makcik lupa nak ambil gambar...
disertakan disini resepinya untuk sesiapa yang ingin mencuba...diambil dari Majalah Saji..

KEK KURMA BERSAMA SOS BUTTERSCOTCH

Bahan:

250 gm Kurma
1 sudu besar soda bicarbonat
1 cawan air panas
2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur
125 gm mentega
1 sudu besar esen vanilla
3/4 cawan gula perang

Cara Penyediaannya:

-Kurma di cincang dan direndam bersama soda dan air panas selama 20 minit.
-Putar Mentega, gula perang dan esen vanilla sehingga kembang
-masukkan telur sebiji-sebiji
-masukkan tepung dan kurma tadi berselang seli.
-jika agak pekat, boleh adjust dengan susu segar..
-masukkan ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit dengan api 180 C

SOS BUTTERSCOTCH

Bahan

300 gm heavy krim
1 cawan gula perang
50 gm butter

Cara:

-campur semua bahan dan masak di atas api sederhana sehingga pekat
-boleh dicurahkan ke atas kek tersebut,,,dah siap


 

Comments

Popular Posts