ROULADE AYAM BERSAMA SPAGHETTI DAN SUP CENDAWAN
Hari ini, makcik nak kongsi satu resepi yang walaupun remeh nak membuatnyer tapi berbaloi...
Disebabkan anak-anak akan pergi mengikut ayahnya ke Sabak Bernam, makcik gagahkan diri untuk membuatnya memandangkan kalau tak buat masa anak2 ade, sape lak nak menghabiskan..betui tak?so layan je...
Disebabkan anak-anak akan pergi mengikut ayahnya ke Sabak Bernam, makcik gagahkan diri untuk membuatnya memandangkan kalau tak buat masa anak2 ade, sape lak nak menghabiskan..betui tak?so layan je...
CHICKEN
ROULADE
BAHAN-BAHAN
CHICKEN ROULADE:
~ 1 keping
dada ayam (diketuk sehingga nipis)
~ 6 keping
kobis (tanggalkan sekeping-sekeping dan celurkan dalam air mendidih sehingga
lembut. Hiris bahagian yang tebal supaya nipis.)
~ 1 keping
tauhu (makcik x letak)
~ 1 batang
daun sup
~ 1/4 biji
bawang besar
~ 1/2 biji
cili besar merah
~ 1/2 cili
besar hijau
- 1/2 batang karot
~ serbuk
lada hitam, perasa & garam
CARA-CARA
MENYEDIAKAN CHICKEN ROULADE:
Potong halus tauhu, bawang besar, daun sup dan lada besar merah dan
hijau.
Gaulkan
campuran tauhu, bawang besar, dau sup dan lada besar dengan garam, perasa &
lada hitam. Ketepikan.
Susun
kobis yang telah dicelur di atas plastic wrapper.
Kemudian
susun pula dada ayam yang telah diketuk di atas sususan kobis.
Tabur sedikit
garam dan lada hitam di atasnya.
Kemudian
letakkan campuran tauhu ke atas dada ayam.
Gulung kemas
dan ketat.
Kemudian
bungkus gulungan kobis dan ayam itu dengan menggunakan plastic wrapper.
Bungkus
ketat dan ikat hujung kedua-dua belah.
Kemudian rebus
gulungan ayam dalam air mendidih selama 10 minit.
Selepas itu,
angkat gulungan ayam dan buka ikatan.
Taburkan
lada hitam di atas gulungan ayam itu dan bakar didalam oven/grill di atas oven
untuk mendapatkan warna yang cantik.
Sejukkan
chicken roulade dan potong.
Sudukan sos
lemon butter di atasnya.
BAHAN-BAHAN
LEMON BUTTER SAUCE: (sos ni belum try)
~ 1 biji
lemon, diperah jusnya
~ 1 ulas
bawang putih dimayang halus
~ 2 sudu
besar mentega
~ garam,
perasa, gula & lada hitam
CARA-CARA
MENYEDIAKAN SOS:
Tumis bawang
putih didalam mentega sehingga garing.
Kemudian
tuangkan jus lemon.
Masukkan
garam, perasa, gula & lada hitam mengikut suka. Kalau suka masam, letak
sedikit sahaja gula.


Comments
Post a Comment