CHICKEN CHOP DAN MUSHROOM SUP
Teringin nak buat resepi lain dari yang lain
Cuba resepi Chicken Chop nih
punya la lama ambil masa nak buat sampai Mr Hubby dan anak2 dah berkicau kelaparan..
Jom layan resepi:
Bahan untuk Mushroom Blackpepper Sauce :
3 ulas bawang putih – cincang halus
1 biji bawang kuning – cincang halus
2 tbs tepung gandum + 3/4 cwn air – mix well yer..
1 kiub pati ayam
3 tbs butter
Button Mushroom – ikut suka nk byk mana
2 tbs lada hitam – nih kot xmau pedas, ley kurang kan yer…
1 1/2 tbs mayonis (tak letak)
2 tbs kicap pekat – nak wat 1 1/2 pon ley.Hanya untuk warna je sbnrnya…
2 tbs sos lada hitam
2 cwn susu segar/susu cair
air secukupkan (ikut kepekatan kuah)
Garam,gula & perasa
Cara – cara :
* Panas kan butter dalam sauce pan, masukkan bawang putih dan bawang
kuning.Tumis sebentar. Hanya untuk layukan sahaja. Masukkan adunan tepung
gandum tadi. Whisk kan supaya tidak berketul
* Campakkan bahan2 lain KECUALI garam gula dan perasa yer..
* Dah pekat, perasakan dgn garam dan gula. Kalau terlampau pekat, cmpur
sikit air panas.
* Dah siap!
Bahan ayam :
7 boneless ayam
Tepung beras + tepung gandum + 1 tbs serbuk cili. Gaul rata
(tepung sama kuantiti)
2biji telur yg dipukul
Breadcrumb
Minyak untuk menggoreng
Cara – cara :
* Celupkan kan ayam satu persatu dalam telur. Then lumurlan pulak dengan
tepung. Pastu masukkan balik dalam telur dan gaul dekat breadcrumb.
* seterusnya, digoreng dalam minyak yang banyak…..

Comments
Post a Comment