Oreo Cheese Cupcake
Oreo Mini Cheese ni dibuat semasa pejabat mengadakan Majlis Kesyukuran dan makcik pun buatla resepi ni sebab mudah dan anak2 pun suka..
OREO CHEESE CUPCAKE
Bahan-bahan
- 250gm cream cheese - biarkan suhu bilik
- 30gm mentega
- 100gm gula castor
- 2 biji telur
- 1 sudu kecil essen vanila
- 1 paket oreo saiz besar - buang bahagian krim
- cupliner secukupnya
- 1 sudu makan tepung gandum
- 2 titik perisa orange - sy tambah
- Cara-cara:
2. Pukul Cream cheese, mentega, dan gula castor sehingga kembang dan berkrim.
Masukkan esen vanila. sambil pukul.
3. Masukkan telur satu persatu.Sambil terus pukul sehingga adunan licin dan tidak berketul.
4. Ambil sekeping biskut oreo..letak di bahagian bawah cupliner, kemudian patahkan beberapa keping oreo dan semat di setiap penjuru, letak di 4 bahagian. sy tak buat
5. Paipkan adunan cheese menggunakan piping beg..kemudian.,tepek lagi sekali oreo di bahagian atas.
6. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah (saya turunkan ke 160 C)menggunakan api atas dan bawah. Kemudian, renggangkan pintu oven lebih kurang 1 jam(biar kek dlm oven jap). kemudian masukkan dalam peti ais. sejukkan selama 1 jam dan sedia dimakan. sy dapat dalam 18 biji size medium.

Comments
Post a Comment