Roti Sarang Lebah

Sekarang ni, musim roti Sarang Lebah..bila dah buat baru tahu betapa sedap dan berbaloi kalau nak menjualnyer pun..roti ni semasa suam2 tuh memang x muak sedap jerrr

dah kene cukai tak sempat nak snap...hehe                           






























ROTI SARANG LEBAH

BAHAN2: 
2 cwn Tepung Gandum* (makcik buat 1 cwn Tpg Gandum + 1 cwn Tpg Tinggi Protein)
½ st Instant Yeast*
¼ st Garam*
½ st Baking Powder*
1 sb Gula*

¼ cwn Plain Yogurt (suhu bilik)
½ cwn Air Suam 
¼ cwn Minyak Sayur
Almond Flakes / Pumpkin Seeds

CARA2:
1.  Masukkan bahan2 bertanda* ke dalam bread maker atau mixer.
Masukkan yoghurt & airsuam, process sebentar.
Masukkan minyak & uli sehingga sebati & lembut.
Jika menggunakan BM, proses sehingga doh siap sedia.
Jika menggunakan mixer atau tangan, perap sehingga naik 2x ganda & uli semula.
2. Bahagikan doh kepada bebola2 kecil sebesar buah langsat
3. Susun ke dalam loyang yg telah di minyakkan.
Tabur almond flakes / pumpkin seeds.
Tutup dgn plastik & biarkan naik 2x ganda.
4. Bakar 180C-200C, 10 minit api bawah, 5-10 minit api atas & bawah.
5. Tuangkan sos butterscotch ke atas roti yg panas.
Tunggu suam sebelum di hidangkan.

SOS BUTTERSCOTCH 

½ cwn Gula Perang 
½ cwn Susu Ideal
Secubit Garam

½ st Esen Vanilla
25g Butter

1.  Cairkan butter dalam periuk kecil.
 2. 
Masukkan gula & kacau sehingga larut & berbuih.
 3. Tuangkan susu perlahan2 sambil mengacaunya.
 4. Masukkan Esen Vanilla dan angkat dari api dan suamkan sedikit.
 5. Curahkan ke atas roti yg panas.



Comments

Popular Posts