Pulut Inti Kelapa

Sebenarnya, makcik tak boleh makan pulut sangat..sebab tetiba rasa semput dada dibuatnyer kalau terlebih makan. tapi pulut adalah kesukaan suami so disebabkan pulut ada lebih lagi lepas buat pulut kuning hari tu so makcik pun buatla resepi nih..senang je


tak berapa cantik kejadiannyer tapi hubby kata sedap...





Bahannyer

3 Cawan Pulut
santan secukupnyer
Garam secukup rasa

Kukus pulut
dah agak2 kembang tu masuk dan gaulkan santan dan garam kedalam pulut dan kukus semula

Inti kelapa

1 cawan Gula Merah (Makcik guna gula nira dalam 2 keping)
masak dulu sehingga gula hancur
daun pandan (untuk wangi)
2 sudu gula pasir (jika nak)

2 cawan kelapa (putih sahaja)

kacau kelapa sehingga agak ringan

itu sahaja...
lepas letak kelapa atas pulut dah boleh ngappp..

Comments

Popular Posts