CUPCAKE GULA MERAH
Cupcake Gula Merah ini, makcik jumpa setelah survey beberapa minit depan PC ni sebab mengantuk sesangat..pas tuh kebetulan hari jumaat, tengahari masa lunch tu, makcik pun bukak la pantry kat umah tuh sebab rasa2nyer semua bahan ade lagi..resepi ni tak susah mana sebab sambil2 masak nasi dan lauk untuk lunch pun bole buat bersekali...jom layan...
Bahan-bahan
200 g gula melaka - dihiris (makcik pakai gula nira 3 keping)
1 sb gula pasir
1/2 cawan susu segar/cair/santan sedang
1/8 sk garam
110 g minyak masak
2 biji telur A
300 g tepung naik sendiri
secukup papercup
Cara
Masak 4 bahan pertama hingga larut.Tapis dan biarkan sejuk. Masukkan ke dalam blender bersama minyak dan telur dan kisar hingga sebati.
Ayak tepung naik sendiri ke dalam mangkuk dan tuangkan adunan yang dikisar tadi sambil dikacau perlahan2 hingga sebati.
Sudukan adunan ke dalam papercup hingga habis.
Bakar pada suhu 160C selama 25 min. atau hingga masak ikut kepanasan oven masing2.
Sejukkan kek di atas redai kek. Boleh dihias dengan topping jika suka sebelum dihidangkan. (makcik toping ngan coklat chip. caramel chip dan nut semasa nak masuk oven tu)
Tapi kene adjust sikit kepekatan nyer memandangkan tekstur ni sedikit pekat,,,masukkan susu atau air ckit..

Comments
Post a Comment